Isnin, Oktober 21, 2013

yayyyy...merdeka..!!

Assalamualaikum..

untuk entry ni aku nak kongsi tentang dunia pelajar aku..alhamdulillah hari ahad yang lepas aku dah selamat serahkan buku projek yang aku usahakan dari bulan 5 dahulu..setelah hampir 5 bulan bergelut untuk menyiapkan projek tersebut akhirnya ia membuahkan hasil yang sangat memuaskan..walaupun belum tahu lagu gred yang akan diperolehi tapi yang nyata itu adalah titik terakhir perjalanan aku sebagai pelajar separuh masa...alhamdulilah jika tiada aral segulung ijazah yang aku amat nanti-nantikan akan menjadi milik aku..walaupun tidak mendapat selempang anugerah dekan semestinya tidak akan aku perolehi tetapi segala penat lelah yang dihabiskan selama ini membuahkan hasil..

bermula menjadi pelajar pada tahun 2009 banyak masa, tenaga dan wang digunakan untuk merealisasikan cita-cita aku..aku tahu jika hanya berbekalkan sijil SPM yang diperolehi hampir 13 tahun dahulu sememangnya tidak akan membantu aku untuk maju dalam karier..bukanlah bermaksud aku melawan atau menidakkan takdir yang tertulis untuk aku tetapi nabi sendiri mengajar umatnya berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan membiarkan takdir yang menentukannya..jadi harapan aku berbekalkan segulung ijazah nanti dapatlah aku naik satu peringkat lagi kerjaya aku kepada yang lebih baik..mudah mudahan..jika ada usaha tak kemana..

masih ingat lagi masa mula-mula pergi ke open day mereka nak lihat apa yang mereka tawarkan..pabila dengar jurusan yang ingin dimasuki mengambil masa 4 tahun setengah untuk ambil membuatkan aku WOWWW!!! giler lama kottt..tapi sekarang segalanya berakhir dan rasa macam tak percaya sahaja dah habis masa 4 tahun itu..!! Ya Allah sekejapnya masa berlalu..

ni nak kongsi plak kenangan masa nak binding the paper projek..maklumla kita ni mana ada pengalaman buat binding tu..ni memang 1st time la kata omputeh..sebelum tu memang sibuk giler siapkan report dia..so biasala orang macam aku ni bila last last minute baru nak kelam kabut buat semua benda..masa tulah nak print..nak binding dan sebagainya..malam sebelum itu aku dah survey tempat-tempat yang ada provide servis ni..end up manage to get the place that much more cheaper..tapi nak jadikan cerita aku ni manalah tahu yang kedai binding boleh printing sekali..so pepagi sabtu tu cargas carik BORMAS sebab tahu dorang ni memang well known printing company..so cadang nak print then shoot pegi serdang untuk binding..dengan jumlah 139 keping printing aku kene caj RM60.70..ok memang agak mahal..so bayar je sebab tahu agak banyak gak printing color then black and white..masa dalam keta tetiba terperasan ada error pada page numbering..memang masa tu memang dah siap-siap bawak lappy..just in case..tapi tak pikir panjang  teros je shoot pergi serdang..carik punya carik akhirnya jumpa gak kedai tu..since dah tahu yang first printing dah ada problem so saja je survey berapa plak price dorang..alangkah terkejutnya bila tanya dorang dengan jumlah helai yang sama dorang cuma separuh harga dari BORMAS..terkejut berok kott..hancik punya bormas..giler mahal caj orang..pastu tanya sekali pasal binding..dorang caj RM15 siap dalam sejam or RM12 overnite..

since aku punya first printing tu banyak error aku pun ambil masa untuk edit dulu..later pergi balik ke kedai tu..mintak dia binding 2 buku..alang-alang yang error tu pun binding sekali..boleh buat-buat kenangan.. so kene caj total RM63..nilai yang hampir sama hanya printing sahaja di BORMAS..!! sebab kene caj tinggi tu buat aku punya belanja jadi kucar kacir sket..nasib baik dah nak gaji..lega la sket..huhh

aniway aku ambil perkara yang terjadi tu sebagai iktibar dan panduan..lain kali jangan nak terkocoh-kocoh...buat perlahan-lahan...insyaAllah akan smooth je nanti..hehe..so tak sabar lagi rasa nak gi convo..nak pakai baju yang besar tu dan baling topi petak tu..bende yang aku rasa majoriti kawan-kawan aku rasa 6-8 tahun yang dulu..apa-apa pun aku bersyukur atas kurniaNya..walaupun aku mengecapi rasa itu agak lambat..so pasni dapat result aku nak update CV aku..nak try market diri kat luar..manalah tahu ada rezeki lain ke..haha..bukan tak setia tetapi rasanya sekarang dah takde dah istilah setia-setia lagi ni..haha

oklah..itu je buat masa ni..later aku update lagi..pasni mungkin akan kerap sebab dah takde assignment nak kena buat..bukan macam dolu2..takde masa sangat sebab giler sibuk..heheh

till then..
C ya..!!

assalamualaikum..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...