Assalamualaikum...
Hari ini tanggal 5 mei 2013..tarikh yang amat penting buat warganegara malaysia memilih individu yang akan membentuk kerajaan dan memimpin malaysia untuk 5 tahun akan datang...ini adalah perjalan demokrasi yang berlaku di hampir semua negara..pungutan suara secara undi bagi menentukan pilihan tersebut..seperti yang kita tahu semua orang tidak sabar menunggu tarikh ini...tarikh keramat yang akan mengubah nasib kita untuk 5 tahun akan datang...
sehingga pukul 12 malam tadi, segala aktiviti kempen akan diberhentikan dan tidak ada lagi aktiviti tersebut sehingga selesai proses pengundian..jadi seperti yang anda sedia maklum sepanjang proses parlimen dibubarkan sehinggalah ke penamaan calon..banyak perkara-perkara diluar kawalan berlaku...maklumlah tengah seronok berkempen..nak pilih masing-masing punya wakil rakyat..dapatlah aku melihat berbagai perkara dari pandangan mata aku..diulangi sekali lagi yekkk..dari pandangan mata aku...
aku bukan penyokong pihak kerajaan yang tegar dan juga bukanlah penyokong pembangkang yang kuat..kedua-dua mereka mempunyai pro dan kontra masing-masing...cuma aku tak nampak sebagaimana di negara-negara lain samada maju atau tidak...setiap pemimpin yang bakal ditabalkan sebagai perdana menteri atau president sesebuah negara mempunyai hak dan kebebasan berkempen..melalui radio, television dan surat khabar...tapi malangnya kat sini aku tak nampak..adakah segala medium media yang ada dikawal oleh mereka..?? makan tidak hairanlah anak-anak muda yang macam aku mencari sumber yang lain untuk mendapatkan berita dari skop yang berbeza...maka internet menjadi mangsa kami..tempat untuk kami mendapatkan maklumat dan semestinya maklumat yang diperolehi tidak akan, tidak mungkin dan tidak sesekali akan keluar dalam berita tv, radio dan suratkhabar...dan kami-kami ni digelar cyber-trooper..membawa keluar berita dengan harapan dapat membuka mata dan minda orang lain..tapi kami diganggu oleh macai...mereka jugak tidak berdiam diri bila kami membawa keluar berita yang mereka tidak mahu dengar...dan macam biasalah mereka spin...spin dan spin lagi the story...haishhhh
perang kat social media pun tidak kurangnya...mencaci, mengherdik, memaki dan mengeluarkan kata-kata lucah sering kita jumpa semasa tempoh berkempen...yang itu memang kena tahan...lagi-lagi kalau bende yang di posting mendapat feedback dari cyber-troop yang tetiba meloncat terkujat...meraka memang memaki hamun punya...sama juga dengan cyber-troop pembangkang...mereka juga melakukan bende yang sama...secara jujurnya aku memang follow page-page pembangkang ni...bukan apa mungkin pendapat mereka dan aku agak sama dan aku selesa dengan itu...aku memang baca setipa posting mereka kerana aku aku memang menjadi follower mereka semasa belum nampak tanda-tanda pilihanraya pun...so aku dah biasa baca kata-kata cacian nehhh dan juga kekadang tercaci jugak...muahahahaha
yang itu kes kat tv, radio, suratkabar dan social media...belom lagi sesi perbincangan di kedai-kedai mamak, kedai-kedai tomyan dan kedai-kedai kopitiam...mesti terbukak juga cita pasal pilihanraya nehhh...aku teringat satu conversation dengan bestie aku...katanya kerajaan dilantik oleh kita untuk mentadbir kita dan memajukan diri kita...wang-wang yang dikutip oleh LHDN seperti cukai individu, syarikat dan cukai-cukai yang kene kat fast food restaurant dikawal selia oleh mereka...menurutnya lagi dia kene tax bersamaan dengan 5 digit angka...katanya ia macam ROI dalam sesebuah urusan...kita invest dan semestinya kita nak pulangan dari invest tersebut...so for the past years dia bayar dia tak pernah dapat apa-apa..walaupun selepas declare e-filling dapatlah refund tetapi refund tersebut hanya bernilai 30 ke 40 percent sahaja dari apa yang beliau bayar..so adakah berbaloi dengan apa yang beliau bayar selama ini...semestinya tidak...bila difikirkan balik betul jugak..nasib baik cukai aku tak hanya melibatkan 3 digit jer...so bila aku declare e-filling aku akan pastikan yang aku mendapat semula semua duit yang telah mereka ambil...walaupun tak banyak tapi aku nak duit tu...itu adalah duit aku...lepas bayar bil estro selama setahun kotttttt...hahahaha..kalau nak ambil duit orang yang kaya raya tuh...sebab mereka memang kaya...jadi apelah sangattttt nak bayar cukai tu kan???huhuhu
setakat ni belum dapat berita lagi apa keputusannya...tapi harini penuh posting pasal mengundi baik kat facebook, twitter dan instagram...dan banyak post gambar jari telunjuk kiri ada calit dakwat...tanda mereka semua sudah mengundi..ada jugak post pasal bangla, myanmar dan nepal yang ada IC malaysia...jadi mereka adalah rakyat malaysia dan layak mengundi..tapi yang pelik datang dengan bas ke pusat mengundi...inikah yang dimaksudkan pengundi hantu seperti kata puak-puak PR? bila isu ini diutarakan cyber troop BN akan spin cerita dan cakap semua itu fitnah...cuba kita letak fahaman,sokongan dan ideologi kita kat tepi kejap...cuba fikirkan..sanggupkah anda biarkan perkara ini berlaku? anda orang malaysia dan anak malaysia takkan tak boleh nampak benda itu berlaku??? bukalah mata wahai macai...ke anda dah tahu bende ni akan berlaku? siapakah jelatangnya...renung-renungkan...anda sudah cukup besar untuk menilai apa yang berlaku...niat di hati nak jugak tunggu cyber troop BN posting gambar dapat tangkap orang bangla ada IC...tapi kenapa korang tak buat eak?? kalau korang buat dah tentu2 aku cakap PR tu fitnah...malangnya korang tak buat...so sekarang siapa yang suka cakap orang fitnah dan spin cerita???
sekarang teknologi dah canggih...orang akan gunakan medium yang lain untuk mencapai maklumat yang mereka mau..so nafikanlah sebaiknya dan gunakan medium yang anda ada untuk menafikan...keluarkan dalam berita..bagi orang yang tak berapa celik IT ni percaya...kami-kami ni memang tak percaya kottt...hahaha...
apa-apa pun undilah dengan bijak..undi ada mewakili separuh lagi rakyat malaysia yang belum layak mengundi..jadi buatlah pilihan yang bijak...pikir sehabis mungkin untuk masa depan anak-anak anda sebab saya hanya pikirkan diri saya sahaja sebab belum ada anak lagi...hahaha....saya memilih calon dan tidak memilih parti...anda bagaimana???..
tak salah kita mencuba orang baru untuk memimpin kita..bagi mereka peluang mentadbir selama 5 tahun..kalau ok kasi undi lagi...kalau tak ok kasi tukar lah...tak bosan ke tengok bende yang sama jer...bosan seyhhh...hahahaha...tak sabar nak tengok tv malam ni...nak tengok sapa yang menang dan sapa yang kalah...aku hanya memanjatkan doa kepada Allah agar melancarkan semuanya...kerana Dia Maha Adil Dan Maha Mengetahui....kalau betul ada orang cuba memanipulasi makan kebenaran itu akan terpancar...bukan niat nak memalukan mereka tetapi cuma untuk mendapatkan keadilan..
INIKALILAH...LAIN KALILAH..apa-apa jelah tapi yang penting satu je...UBAH..!!! huhu
so itu jelah buat masa ini..
till then...c yaa..!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan