Isnin, Oktober 28, 2013

Christina Perri - A Thousand Years

saja nak jiwang-jiwang malam ni..lagu yang suddenly menarik minat aku untuk mendengarnya berulang kali..lirik bersama video aku ada sertakan..so enjoy..!!

Christina Perri - A Thousand Years

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall?
But watching you stand alone,
All of my doubt suddenly goes away somehow.

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling, don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling, don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more 




Isnin, Oktober 21, 2013

yayyyy...merdeka..!!

Assalamualaikum..

untuk entry ni aku nak kongsi tentang dunia pelajar aku..alhamdulillah hari ahad yang lepas aku dah selamat serahkan buku projek yang aku usahakan dari bulan 5 dahulu..setelah hampir 5 bulan bergelut untuk menyiapkan projek tersebut akhirnya ia membuahkan hasil yang sangat memuaskan..walaupun belum tahu lagu gred yang akan diperolehi tapi yang nyata itu adalah titik terakhir perjalanan aku sebagai pelajar separuh masa...alhamdulilah jika tiada aral segulung ijazah yang aku amat nanti-nantikan akan menjadi milik aku..walaupun tidak mendapat selempang anugerah dekan semestinya tidak akan aku perolehi tetapi segala penat lelah yang dihabiskan selama ini membuahkan hasil..

bermula menjadi pelajar pada tahun 2009 banyak masa, tenaga dan wang digunakan untuk merealisasikan cita-cita aku..aku tahu jika hanya berbekalkan sijil SPM yang diperolehi hampir 13 tahun dahulu sememangnya tidak akan membantu aku untuk maju dalam karier..bukanlah bermaksud aku melawan atau menidakkan takdir yang tertulis untuk aku tetapi nabi sendiri mengajar umatnya berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan membiarkan takdir yang menentukannya..jadi harapan aku berbekalkan segulung ijazah nanti dapatlah aku naik satu peringkat lagi kerjaya aku kepada yang lebih baik..mudah mudahan..jika ada usaha tak kemana..

masih ingat lagi masa mula-mula pergi ke open day mereka nak lihat apa yang mereka tawarkan..pabila dengar jurusan yang ingin dimasuki mengambil masa 4 tahun setengah untuk ambil membuatkan aku WOWWW!!! giler lama kottt..tapi sekarang segalanya berakhir dan rasa macam tak percaya sahaja dah habis masa 4 tahun itu..!! Ya Allah sekejapnya masa berlalu..

ni nak kongsi plak kenangan masa nak binding the paper projek..maklumla kita ni mana ada pengalaman buat binding tu..ni memang 1st time la kata omputeh..sebelum tu memang sibuk giler siapkan report dia..so biasala orang macam aku ni bila last last minute baru nak kelam kabut buat semua benda..masa tulah nak print..nak binding dan sebagainya..malam sebelum itu aku dah survey tempat-tempat yang ada provide servis ni..end up manage to get the place that much more cheaper..tapi nak jadikan cerita aku ni manalah tahu yang kedai binding boleh printing sekali..so pepagi sabtu tu cargas carik BORMAS sebab tahu dorang ni memang well known printing company..so cadang nak print then shoot pegi serdang untuk binding..dengan jumlah 139 keping printing aku kene caj RM60.70..ok memang agak mahal..so bayar je sebab tahu agak banyak gak printing color then black and white..masa dalam keta tetiba terperasan ada error pada page numbering..memang masa tu memang dah siap-siap bawak lappy..just in case..tapi tak pikir panjang  teros je shoot pergi serdang..carik punya carik akhirnya jumpa gak kedai tu..since dah tahu yang first printing dah ada problem so saja je survey berapa plak price dorang..alangkah terkejutnya bila tanya dorang dengan jumlah helai yang sama dorang cuma separuh harga dari BORMAS..terkejut berok kott..hancik punya bormas..giler mahal caj orang..pastu tanya sekali pasal binding..dorang caj RM15 siap dalam sejam or RM12 overnite..

since aku punya first printing tu banyak error aku pun ambil masa untuk edit dulu..later pergi balik ke kedai tu..mintak dia binding 2 buku..alang-alang yang error tu pun binding sekali..boleh buat-buat kenangan.. so kene caj total RM63..nilai yang hampir sama hanya printing sahaja di BORMAS..!! sebab kene caj tinggi tu buat aku punya belanja jadi kucar kacir sket..nasib baik dah nak gaji..lega la sket..huhh

aniway aku ambil perkara yang terjadi tu sebagai iktibar dan panduan..lain kali jangan nak terkocoh-kocoh...buat perlahan-lahan...insyaAllah akan smooth je nanti..hehe..so tak sabar lagi rasa nak gi convo..nak pakai baju yang besar tu dan baling topi petak tu..bende yang aku rasa majoriti kawan-kawan aku rasa 6-8 tahun yang dulu..apa-apa pun aku bersyukur atas kurniaNya..walaupun aku mengecapi rasa itu agak lambat..so pasni dapat result aku nak update CV aku..nak try market diri kat luar..manalah tahu ada rezeki lain ke..haha..bukan tak setia tetapi rasanya sekarang dah takde dah istilah setia-setia lagi ni..haha

oklah..itu je buat masa ni..later aku update lagi..pasni mungkin akan kerap sebab dah takde assignment nak kena buat..bukan macam dolu2..takde masa sangat sebab giler sibuk..heheh

till then..
C ya..!!

assalamualaikum..!!

Ahad, Mei 05, 2013

pilihan raya umum ke 13

Assalamualaikum...

Hari ini tanggal 5 mei 2013..tarikh yang amat penting buat warganegara malaysia memilih individu yang akan membentuk kerajaan dan memimpin malaysia untuk 5 tahun akan datang...ini adalah perjalan demokrasi yang berlaku di hampir semua negara..pungutan suara secara undi bagi menentukan pilihan tersebut..seperti yang kita tahu semua orang tidak sabar menunggu tarikh ini...tarikh keramat yang akan mengubah nasib kita untuk 5 tahun akan datang...

sehingga pukul 12 malam tadi, segala aktiviti kempen akan diberhentikan dan tidak ada lagi aktiviti tersebut sehingga selesai proses pengundian..jadi seperti yang anda sedia maklum sepanjang proses parlimen dibubarkan sehinggalah ke penamaan calon..banyak perkara-perkara diluar kawalan berlaku...maklumlah tengah seronok berkempen..nak pilih masing-masing punya wakil rakyat..dapatlah aku melihat berbagai perkara dari pandangan mata aku..diulangi sekali lagi yekkk..dari pandangan mata aku...

aku bukan penyokong pihak kerajaan yang tegar dan juga bukanlah penyokong pembangkang yang kuat..kedua-dua mereka mempunyai pro dan kontra masing-masing...cuma aku tak nampak sebagaimana di negara-negara lain samada maju atau tidak...setiap pemimpin yang bakal ditabalkan sebagai perdana menteri atau president sesebuah negara mempunyai hak dan kebebasan berkempen..melalui radio, television dan surat khabar...tapi malangnya kat sini aku tak nampak..adakah segala medium media yang ada dikawal oleh mereka..?? makan tidak hairanlah anak-anak muda yang macam aku mencari sumber yang lain untuk mendapatkan berita dari skop yang berbeza...maka internet menjadi mangsa kami..tempat untuk kami mendapatkan  maklumat dan semestinya maklumat yang diperolehi tidak akan, tidak mungkin dan tidak sesekali akan keluar dalam berita tv, radio dan suratkhabar...dan kami-kami ni digelar cyber-trooper..membawa keluar berita dengan harapan dapat membuka mata dan minda orang lain..tapi kami diganggu oleh macai...mereka jugak tidak berdiam diri bila kami membawa keluar berita yang mereka tidak mahu dengar...dan macam biasalah mereka spin...spin dan spin lagi the story...haishhhh

perang kat social media pun tidak kurangnya...mencaci, mengherdik, memaki dan mengeluarkan kata-kata lucah sering kita jumpa semasa tempoh berkempen...yang itu memang kena tahan...lagi-lagi kalau bende yang di posting mendapat feedback dari cyber-troop yang tetiba meloncat terkujat...meraka memang memaki hamun punya...sama juga dengan cyber-troop pembangkang...mereka juga melakukan bende yang sama...secara jujurnya aku memang follow page-page pembangkang ni...bukan apa mungkin pendapat mereka dan aku agak sama dan aku selesa dengan itu...aku memang baca setipa posting mereka kerana aku aku memang menjadi follower mereka semasa belum nampak tanda-tanda pilihanraya pun...so aku dah biasa baca kata-kata cacian nehhh dan juga kekadang tercaci jugak...muahahahaha

yang itu kes kat tv, radio, suratkabar dan social media...belom lagi sesi perbincangan di kedai-kedai mamak, kedai-kedai tomyan dan kedai-kedai kopitiam...mesti terbukak juga cita pasal pilihanraya nehhh...aku teringat satu conversation dengan bestie aku...katanya kerajaan dilantik oleh kita untuk mentadbir kita dan memajukan diri kita...wang-wang yang dikutip oleh LHDN seperti cukai individu, syarikat dan cukai-cukai yang kene kat fast food restaurant dikawal selia oleh mereka...menurutnya lagi dia kene tax bersamaan dengan 5 digit angka...katanya ia macam ROI dalam sesebuah urusan...kita  invest dan semestinya kita nak pulangan dari invest tersebut...so for the past years dia bayar dia tak pernah dapat apa-apa..walaupun selepas declare e-filling dapatlah refund tetapi refund tersebut hanya bernilai 30 ke 40 percent sahaja dari apa yang beliau bayar..so adakah berbaloi dengan apa yang beliau bayar selama ini...semestinya tidak...bila difikirkan balik betul jugak..nasib baik cukai aku tak hanya melibatkan 3 digit jer...so bila aku declare e-filling aku akan pastikan yang aku mendapat semula semua duit yang telah mereka ambil...walaupun tak banyak tapi aku nak duit tu...itu adalah duit aku...lepas bayar bil estro selama setahun kotttttt...hahahaha..kalau nak ambil duit orang yang kaya raya tuh...sebab mereka memang kaya...jadi apelah sangattttt nak bayar cukai tu kan???huhuhu

setakat ni belum dapat berita lagi apa keputusannya...tapi harini penuh posting pasal mengundi baik kat facebook, twitter dan instagram...dan banyak post gambar jari telunjuk kiri ada calit dakwat...tanda mereka semua sudah mengundi..ada jugak post pasal bangla, myanmar dan nepal yang ada IC malaysia...jadi mereka adalah rakyat malaysia dan layak mengundi..tapi yang pelik datang dengan bas ke pusat mengundi...inikah yang dimaksudkan pengundi hantu seperti kata puak-puak PR? bila isu ini diutarakan cyber troop BN akan spin cerita dan cakap semua itu fitnah...cuba kita letak fahaman,sokongan dan ideologi kita kat tepi kejap...cuba fikirkan..sanggupkah anda biarkan perkara ini berlaku? anda orang malaysia dan anak malaysia takkan tak boleh nampak benda itu berlaku??? bukalah mata wahai macai...ke anda dah tahu bende ni akan berlaku? siapakah jelatangnya...renung-renungkan...anda sudah cukup besar untuk menilai apa yang berlaku...niat di hati nak jugak tunggu cyber troop BN posting gambar dapat tangkap orang bangla ada IC...tapi kenapa korang tak buat eak?? kalau korang buat dah tentu2 aku cakap PR tu fitnah...malangnya korang tak buat...so sekarang siapa yang suka cakap orang fitnah dan spin cerita???

sekarang teknologi dah canggih...orang akan gunakan medium yang lain untuk mencapai maklumat yang mereka mau..so nafikanlah sebaiknya dan gunakan medium yang anda ada untuk menafikan...keluarkan dalam berita..bagi orang yang tak berapa celik IT ni percaya...kami-kami ni memang tak percaya kottt...hahaha...

apa-apa pun undilah dengan bijak..undi ada mewakili separuh lagi rakyat malaysia yang belum layak mengundi..jadi buatlah pilihan yang bijak...pikir sehabis mungkin untuk masa depan anak-anak anda sebab saya hanya pikirkan diri saya sahaja sebab belum ada anak lagi...hahaha....saya memilih calon dan tidak memilih parti...anda bagaimana???..

tak salah kita mencuba orang baru untuk memimpin kita..bagi mereka peluang mentadbir selama 5 tahun..kalau ok kasi undi lagi...kalau tak ok kasi tukar lah...tak bosan ke tengok bende yang sama jer...bosan seyhhh...hahahaha...tak sabar nak tengok tv malam ni...nak tengok sapa yang menang dan sapa yang kalah...aku hanya memanjatkan doa kepada Allah agar melancarkan semuanya...kerana Dia Maha Adil Dan Maha Mengetahui....kalau betul ada orang cuba memanipulasi makan kebenaran itu akan terpancar...bukan niat nak memalukan mereka tetapi cuma untuk mendapatkan keadilan..

INIKALILAH...LAIN KALILAH..apa-apa jelah tapi yang penting satu je...UBAH..!!! huhu

so itu jelah buat masa ini..

till then...c yaa..!!!

Isnin, April 29, 2013

saja-saja nak cerita

Assalamualaikum...

sekejap je masa berlalu kan?? kejap je dah di penghujung bulan april...lagi beberapa hari je nak masuk bulan mei...kalau tak salah kurang dari 80 hari kita akan sambut ramadhan...erm tak sabar plak rasa...nak makan makanan sedap-sedap, yang pelik-pelik dan yang istimewa...pendek kata makanan yang hanya dijumpai pada bulan ramadhan jer...seronok wehhh...makan, makan jugak ibadat jangan lupa...bulan berkat tuhhh...hehehehe...kita tunggu yekkk??...hahaha

tanggal 16 april yang lalu genaplah 12 tahun aku berkhidmat dengan maybank.....wahhhhhh dah giler lama.. memang tak sangka yang aku akan bertahan selama ini..berbagai pengalaman yang dikecapi...kenangan manis, sedih, suram, suam-suam kuku semuanya ada..sepanjang 12 tahun ini jugak aku mengenali berbagai-bagai jenis orang sepanjang berkhidmat..dan alhamdulillah masih lagi keep contact even though kenal masa kat zaman mayban finance dulu...terima kasih kepada Facebook, Twitter dan segala macam social network channel yang ada sekarang nehhh...dapatla keep in touch dengan dorang walaupun dalam alam maya jer...haha..now tetiba terpikir adakah aku masih lagi disini for the next 10 years?? ermm i dunno..time will tell..lagi pun sapalah yang tahu apa yang berlaku di masa akan datang kan?? pape pown bertahanlah selagi mampu...huuuuu

proses pembelajaran untuk semester januari aku dah selesai...baru je habis last paper aritu..so next semester aku dah start buat project paper dengan ada 1 lagi repeat paper yang nak kena settle..dan jika takde aral by end of the year dapatlah aku scroll..bende yang aku idamkan sekian lama..walaupun sebelum ini aku pernah jatuh dengan teruk aku harap kali ini aku berjaya mendapatkannya walaupun aku tak dapat 4 flat or 3 pointer...asalkan aku ada sesuatu dalam tangan...insyaAllah kalau ada rezeki dan kelapangan rasanya nak sambung master kottt....alang-alang selagi hati ini belum dipunyai dan dipertemukan dengan seseorang...chewahhhhhh...hahahahahaah...laka-laka jugak aku nehhhh...huhuhuhu

last week aku dah selamat 1 outing...dengan beberapa orang lama dan orang baru kenal...tak gi jauh pun...dekat-dekat jer...plan ambil masa dalam 2 bulan..itu pun sebab dorang tunggu aku punya jadual exam takot clash...at the 1st place aku suruh dorang proceed je since aku pun lom tahu jadual exam aku camne..tapi dorang berkeras jugak nak tunggu jadual aku..sebab nak jugak aku pergi memeriahkan outing dorang..perghhhhh..(macam orang penting plak rasa)...hahahahaha..pape pown the outing was awesome..so great..sampai ada orang bukak mulut ar ajak repeat...hahaha...gua on jer wehhh...tapi kene ambil masa nak kumpul duit dulu sebab duit macam air kot aritu...laju je mengalir keluar dari wallet obermain ku...kakakakakaka.. and kalau takde aral next month ada outing dengan budak-budak opis lama..sebenarnya dorang buat branch outing tapi aku ni gatal gi bersuara nak join...nah sekali hambek ko...betol-betol nama naik aku walhal aku bukan staff dorang lagi...tapi sebab ramai kakak-kakak sayang yang beria ajak aku pergi maka aku pergi jua...wahhhhh..(betol-betol banyak jemputan nehhhh)...kkkkkkkk

last one....arini branch kitorang start roll out for RBS...new design system replace the old system..web based.. dorang buat testing dulu samada stable or tak system ni...awal bulan 2 aritu dah g course die...tapi ari ni masa dok pandang system tu weng skit sebab dah lupa apa yang kita belajar aritu..so far system ini agak menarik cuma agak terkapai-kapai skit nak buat...erm biasalah system baru...lama kelamaan nanti biasalah tu..kalau semuanya berjalan dengan lancar maka kitorang adalah branch-branch awal yang menggunakan system ini..insyaAllah..

erm itu jelah buat masa ini.. nanti gua update lagi eak..

till then..
c ya..!!

Assalamualaikum....

Rabu, Mac 27, 2013

bonus oh bonus

Assalamualaikum...salam sejahtera kawan-kawan..

pejam celik pejam celik kejap je dah nak masuk bulan april 2013...cepat betul masa berlalu..banyak bende aku tak buat lagi kot...sibuk dengan study jer...almaklumla dah nak hujung-hujung nehhh...kenelah buat baik-baik sebab dah tak larat kot nak repeat paper lagi..dapat scroll cepat sket boleh aku jumper2...hahaha..lately ni aku banyak tolong kawan-kawan, sepupu sepapat forwardkan resume dorang...nak keje kat bank katanya...secara jujurnya aku memang tak galakkan dorang masuk bank..cukuplah apa yang aku rasa..tapi bila aku tengok most of them apply for IT punya then okla..aku galakkan...manalah tahu dorang-dorang ni lah yang akan buat perubahan kat kampeni aku bekerja nehhh...hehehe...ada gak aku tolong forward kan resume kat bank-bank lain..sebab yang kat bank lain tu pun kengkawan gak...manalah tahu kalau-kalau dorang dapat masuk then bolehla aku memfollow mereka..hahaha..insyaAllah...dah tak lama dah lagi...sikit lagi je chootttt...sabar eak...

erm bulan ni agak kencang income aku dan agak banyak jugak kene potong LHDN..gara-gara kami dibayar bonus...dahulunya ia dibayar padan bulan 9 setiap tahun..tapi sejak financial year dah bertukar so kami-kami ni dapatlah bonus pada bulan 3 dan masuk sekali dengan gaji...erm macam biasa la, bonus dibayar berpandukan KPI aka key performance index...so itulah yang menentukan berapa "bulan" kitorang dapat... syukur Alhamdulillah merasa jugak aku bonus tahun ni...mungkin ianya tak seberapa tapi cukuplah untuk aku settlekan hutang piutang...standard arrr memang tiap-tiap tahun cenggitu..dan dapatlah bagi kat orang tua sikit...dapat berkat...manalah tahu akan datang lagi rezeki lain berkat doa kedua orang tua kita...aminnnn...hehehehe

tadi semua cerita-cerita yang best yang sedang dan sudah berlaku...tapi secara jujurnya moral dan mental aku masih lagi down...masih lagi tak dapat recover dengan apa yang berlaku pada aku...aku ada mintak keluar branch dengan harapan dapat pulihkan mental dan moral aku...sebab kat tempat sekarang membuatkan aku terfikir-fikir tentang perkara tu...jadi harap-harap dapatlah aku keluar..mungkin ianya tidak membantu aku seratus peratus dalam memulihkan mental aku tetapi setidak-tidaknya aku dapat pulih sedikit sebab environment aku semuanya orang baru...so takdelah orang dok bukak cite tuh...jahanam siotttt....

so far tahun ni aku masih lagi belom ada outing ngan kaum...aritu dah cancel satu trip sebab pertindihan jadual.. aritu dah dapat lepak ngan dorang...niat nak discuss pasal trip..alek-alek dapat berita yang orang tu tengah muntah-muntah...tanda-tanda yang kita mungkin tidak dapat bercuti bersama..ughhh takde rezeki...papepun aku ucapkan tahniah pada korang...rezeki tahun baru...pasal trip tu jangan risau...mungkin kite boleh buat trip yang dekat-dekat dan memudahkan mak buyung kita...hahahahaha..!!!

oklah...cukup-cukuplah mengarot kali ni eak...nanti ada bende nak update aku tulis lagi eak...hehehe

till then..
C ya..!!! Assalamualaikum...

Jumaat, Februari 01, 2013

1st entry in 2013

Assalamualaikum..fuhhhhhhh...dah berhabuk giler dah blog aku nehhhh...maklumlah dah lama aku tak mengupdate...sibuk sikit la lately ni...bile ada masa nak update internet plak kong...tak pun bile ada idea rase maleh plak nak terjemahkan dalam blog ni...apa-apa pun i'm back...hehehe

sudah hampir sebulan 2012 meninggalkan kita..oh ya sebelum tu leh tak nak ucapkan selamat tahun baru...hahahaa...belum terlambat lagi rasanya...hahaha...niway selamat tahun baru uolsss...huhuh..

tahun 2012 dijalani dengan meriahnya sekali...suka,duka,tawa,gembira dan 1001 macam raselah ada...tapi yang best dapat trip dengan bestie, kawan2 opis and family vacation...dapat buat back to back trip sekali je...tu pun dalam malaysia..apa-apa pun ianya tetap terbaik...hahahahaah... terlalu banyak kenangan manis yang terpahat dalam pikiran ini dan secara jujurnya aku tak mungkin dapat lupakan moment tu..kerana aku tahu itu adalah yang pertama dan terakhir...

tahun 2012 terpahat detik hitam dalam karier aku...perkara yang membuatkan aku terduduk seketika...mujurlah tindakan yang dikenakan membolehkan aku berkhidmat lagi disana...moral dan mental aku memang giler down...mengambil masa yang agak lama untuk pulih...most of the people surround me not noticed that but my bos are...she did ask me why i behave so weirdly..tapi bila dipikirkan balik camne lah orang yang closed ngan aku pun boleh tak perasan...yang bende-bende lain die dorang perasan plak...haishhhhhh...

now dah bulan february...azam aku untuk tahun ini nak lupakan segala kisah hitam yang aku lalui...bangun semula dan berfikiran positif...menganggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik...tahun 2013 ni aku nak buat sebanyak mungkin vacation...spend time with family and friends...ohh lupa plak nak graduate dengan cemerlang...berusaha mendapat result yang baik...insyaAllah berkat doa dan usaha aku pasti dapat menggenggamnya..dah tak sabar dah rasenya...huhuhuh...

bulan lepas aku dah selamat dengan satu outing...outing untuk memperbaiki keadaan dan menunaikan permintaan seorang rakan baik...alhamdulillah walaupun impian aku tak tercapai tapi impian kawan aku tu aku dapat tunaikan...seronok giler dia aku tengok...xpelah bro..yang penting lu happy gua pun happy...apa yang aku tak dapat tu abaikan jelah eak...mungkin itu dah tertulis untuk aku...huhuhhu

so now tengah berbincang trip yang bestie plak...katanya ada 2 trip...alek2 tinggal satu jer tapi aku tetap berkeras nak jugak 2 trip...tapi tak dapat lagi nak sit down and discuss bout it...sebab moderator ada kat london uolss...tengah keje dan bershopping...jealous seyhhhhh...hahahahah...takpelah dah rezki dia...manalah tau pasni rezki aku plak...mudah-mudahan...aminnnn...

in 2012, a lot thing happen to emotionally...dan ada yang masih terbawa lagi ke tahun 2013 dan berharap ianya akan settle secepat mungkin..aku dalam delima samada nak teruskan dengan niat aku ke atau just buat bodoh dan tidak mengendahkan apa yang berlaku...tapi bohongla kalau aku cakap aku ok..tapi aku akan cuba sedaya upaya menunjukkan pada dorang yang aku ok...hehehe

oklah...cukuplah untuk kali ini,,,nanti aku update lagi eak...oh ya lupa...hari ni cuti hari wilayah...selamat bercuti hari wilayang uolsss...hahahaha..

till then..
c ya..!!!

Assalamualaikum....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...