Assalamualaikum…
Ada benda nak cerita sedikit dan posting ini dah semestinya
membuatkan aku lebih teruja..nak tahu kenapa? Ermmm…jom sambung baca..
Tanggal 14 Disember 2013 menjadi tarikh keramat pada aku
apabila apa yang diusahakan dari mei 2009 membuahkan hasil. Ingat tak entry
sebelum ini dimana aku menghadapi kesulitan masa nak binding report tuk final
project aku?? Yup..aku dah selamat menjalani konvokesyen Open University
Malaysia di Putra World Trade Centre atau lebih mudah PWTC. Walaupun aku tidak
tergolong dalam pelajar yang lulus dengan cemerlang tetapi lulus pun sudah
cukup hebat. Payah kot dah bahagikan masa dengan keje dan belajar dan kehidupan
sosial lagi. Berserabut ok!! Masa tu dapatlah jumpa rakan-rakan seperjuangan
yang dapat selesaikan pengajian mereka. Ada jugak jumpa kawan-kawan yang hanya
jumpa pada semester pertama jer pastu hilang. Tup tup jumpa masa konvo jer. Anyway,
congratulation to all of you. After all the agony we managed to do our level
best. Konvokesyen tu dibahagikan kepada beberapa siding dan sidang aku adalah
pada sidang yang kedua which is sabtu petang. Yang menemani aku pada hari
bersejarah itu adalah my lovely mum and my sister. Kalau boleh nak je ajak
semua orang datang tapi apakan daya cuma 2 orang je yang dibenarkan dibawa. Kalau
bawak lebih pun kene tunggu kat luar..
Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Masa beratur
sebelum masuk dewan kawan kawan dah sibuk bertanya nak sambung kat mana pasni??
I was like…mannnnn!!! Give me some rest boleh tak?? Aku dah sebu belajar selama
4 tahun. Bagilah sedikit masa untuk rehat sebelum nak buat apa-apa pasni. Kalau
ikotkan hati nak jer teros sambung sebab aku masih lagi takde komitmen sekarang
so banyaklah masa terluang. Tapi tulah bajet takde, tapi aku akan tetap membuat
survey mencari tempat pembelajaran yang ok dan murah untuk menyambung pelajaran
kelak. That the matters of time only.
Mendapat segulung ijazah ini membuatkan semangat aku kembali
membara. After what happen, gulungan ini membuatkan aku sedikit tersenyum. Mencuba
mencari sesuatu yang lebih baik untuk masa depan. Bukanlah aku menidakkan
rezeki Allah cuma aku nak berusaha dan memperbaiki akan apa yang telah aku ada.
Now I’m be a job hunter seeking a suitable job for me and meanwhile just
continue whatever I’m doing now and hope I can get a promotion internally. Now
forget about loyalty because loyalty not paying my bills, my petrol, toll and
so on. And to be frank I’m really suffered mentally from what happen and I’m
really hope that I can get out from this and forget what happen back then. By the way, aku dah submit dah beberapa
resume kat tempat-tempat lain dan hanya menunggu untuk dipanggil temuduga
sahaja. Erm doakan yang terbaik yek??
So now semuanya dah selesai. Now nak reward diri sendiri
selepas bersusah payah selama 4 tahun dan aku rasa aku deserve. Pada mulanya
ianya berjalan agak lancar tapi ada sedikit masalah. Bila dia timbul je
membuatkan aku teringat pasal kes aku. Wow banyaknya aku hilang!! Itu yang
membuatkan aku lagi terasa kot atas hukuman itu. Ya Allah besarnya dugaanMu.
Duduk discuss ngan orang tua aku. Dorang cakap kalau ada rezeki kita insyaAllah
tak kemana. Kalau dah takde mungkin rezeki tu datang dengan cara lain. Setiap
yang berlaku tu ada hikmahnya dan bersabar jelah.
Selalunya bende tu aku dapat
lupakan tapi kalau tetiba dia datang perghhhhh, macam-macam rasa ada. Mulalah
teringat pasal macam-macam. Sampai satu tahap boleh terpikir kalaulah kita
mampu memutarkan kembali masa dan memperbetulkan keadaan kan bagus. Tapi itu
tak mungkin akan berlaku. Ermmmm oklah, nak nanges keluar air mata darah pun benda dah jadi.
Bukan boleh rewind balik, ye tak?? So life must go on. Ari tu dah tau dah
result kes aku tuh dan Alhamdulillah sebab kita kalah. Bukan aku benci dengan
apa yang berlaku tetapi kalau kita menang pun apa yang kita dapat?? Adakah
hukuman itu akan berkurangan?? Tidak kan?? Kami dah dijatuh hukum sebelum
perbicaraan berlaku. Jadi amatlah bagus bila kalah. I want they suffered as
much as I am.!!
So now aku masih menjalani hidup seperti biasa dan
mengharapkan tahun depan akan menjadi tahun yang bagus untuk aku. InsyaAllah
mudah mudahan. Jadi itu jelah untuk kali ini. Nanti aku update lagi eak.??
Till then.. C yaa.!!
Assalamualaikum..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan