Selasa, Januari 14, 2014

Akhirnya..



Assalamualaikum…

Ada benda nak cerita sedikit dan posting ini dah semestinya membuatkan aku lebih teruja..nak tahu kenapa? Ermmm…jom sambung baca..

Tanggal 14 Disember 2013 menjadi tarikh keramat pada aku apabila apa yang diusahakan dari mei 2009 membuahkan hasil. Ingat tak entry sebelum ini dimana aku menghadapi kesulitan masa nak binding report tuk final project aku?? Yup..aku dah selamat menjalani konvokesyen Open University Malaysia di Putra World Trade Centre atau lebih mudah PWTC. Walaupun aku tidak tergolong dalam pelajar yang lulus dengan cemerlang tetapi lulus pun sudah cukup hebat. Payah kot dah bahagikan masa dengan keje dan belajar dan kehidupan sosial lagi. Berserabut ok!! Masa tu dapatlah jumpa rakan-rakan seperjuangan yang dapat selesaikan pengajian mereka. Ada jugak jumpa kawan-kawan yang hanya jumpa pada semester pertama jer pastu hilang. Tup tup jumpa masa konvo jer. Anyway, congratulation to all of you. After all the agony we managed to do our level best. Konvokesyen tu dibahagikan kepada beberapa siding dan sidang aku adalah pada sidang yang kedua which is sabtu petang. Yang menemani aku pada hari bersejarah itu adalah my lovely mum and my sister. Kalau boleh nak je ajak semua orang datang tapi apakan daya cuma 2 orang je yang dibenarkan dibawa. Kalau bawak lebih pun kene tunggu kat luar..

Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Masa beratur sebelum masuk dewan kawan kawan dah sibuk bertanya nak sambung kat mana pasni?? I was like…mannnnn!!! Give me some rest boleh tak?? Aku dah sebu belajar selama 4 tahun. Bagilah sedikit masa untuk rehat sebelum nak buat apa-apa pasni. Kalau ikotkan hati nak jer teros sambung sebab aku masih lagi takde komitmen sekarang so banyaklah masa terluang. Tapi tulah bajet takde, tapi aku akan tetap membuat survey mencari tempat pembelajaran yang ok dan murah untuk menyambung pelajaran kelak. That the matters of time only.
Mendapat segulung ijazah ini membuatkan semangat aku kembali membara. After what happen, gulungan ini membuatkan aku sedikit tersenyum. Mencuba mencari sesuatu yang lebih baik untuk masa depan. Bukanlah aku menidakkan rezeki Allah cuma aku nak berusaha dan memperbaiki akan apa yang telah aku ada. Now I’m be a job hunter seeking a suitable job for me and meanwhile just continue whatever I’m doing now and hope I can get a promotion internally. Now forget about loyalty because loyalty not paying my bills, my petrol, toll and so on. And to be frank I’m really suffered mentally from what happen and I’m really hope that I can get out from this and forget what happen back then.  By the way, aku dah submit dah beberapa resume kat tempat-tempat lain dan hanya menunggu untuk dipanggil temuduga sahaja. Erm doakan yang terbaik yek??

So now semuanya dah selesai. Now nak reward diri sendiri selepas bersusah payah selama 4 tahun dan aku rasa aku deserve. Pada mulanya ianya berjalan agak lancar tapi ada sedikit masalah. Bila dia timbul je membuatkan aku teringat pasal kes aku. Wow banyaknya aku hilang!! Itu yang membuatkan aku lagi terasa kot atas hukuman itu. Ya Allah besarnya dugaanMu. Duduk discuss ngan orang tua aku. Dorang cakap kalau ada rezeki kita insyaAllah tak kemana. Kalau dah takde mungkin rezeki tu datang dengan cara lain. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya dan bersabar jelah. 

Selalunya bende tu aku dapat lupakan tapi kalau tetiba dia datang perghhhhh, macam-macam rasa ada. Mulalah teringat pasal macam-macam. Sampai satu tahap boleh terpikir kalaulah kita mampu memutarkan kembali masa dan memperbetulkan keadaan kan bagus. Tapi itu tak mungkin akan berlaku. Ermmmm oklah, nak nanges keluar air mata darah pun benda dah jadi. Bukan boleh rewind balik, ye tak?? So life must go on. Ari tu dah tau dah result kes aku tuh dan Alhamdulillah sebab kita kalah. Bukan aku benci dengan apa yang berlaku tetapi kalau kita menang pun apa yang kita dapat?? Adakah hukuman itu akan berkurangan?? Tidak kan?? Kami dah dijatuh hukum sebelum perbicaraan berlaku. Jadi amatlah bagus bila kalah. I want they suffered as much as I am.!! 

So now aku masih menjalani hidup seperti biasa dan mengharapkan tahun depan akan menjadi tahun yang bagus untuk aku. InsyaAllah mudah mudahan. Jadi itu jelah untuk kali ini. Nanti aku update lagi eak.??
Till then.. C yaa.!!
Assalamualaikum..!!

Mark adam - Pencuri

Tetiba layan plak lagu ni..so kita layan sama sama yek..hehe..enjoy..!!

https://www.youtube.com/watch?v=XwVd2uinLg0&feature=youtube_gdata_player

Salam maulidur rasul

Salam maulidur rasul..kawan kawan

Isnin, Januari 13, 2014

Nak renew passport..!!

Assalamualaikum..

2014 baru 13 hari berlalu tapi aku dah start guna cuti tahunan..sebab minggu ni ada 2 hari cuti public holiday..so aku sambar jela cuti ni so dapatla cuti deret seminggu..since hari ni dah cuti aku ambil kesempatan untuk renew passport aku sebab dah nak expired bulan 4 nanti..kalau ikotkan lama lagi tapi kalau nak keluar malaysia passport mestilah hidup sekurang kurangnya 6 bulan..dan aku pulak dah tak berapa jauh lagi nak keluar malaysia..haha

Jadi aku bergegas ke UTC Puduraya untuk renew passport aku..selalunya kita selalu merungut kalau kaunter kaunter kerajaan lambat..tapi alhamdulilah aku dapat selesaikan semuanya dalam masa 2 jam..erm tak sangka kaunter kerajaan dah secekap dan se-efisyen ini..papepun kudos to them..they really do the job in well manner..hehe

Just nak bagitau selain dari imigresen berbagai bagai lagi jabatan kerajaan ada kat situ dan mereka beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk sabtu dan ahad..so dah tak yah risau nak ambil cuti untuk selesaikan urusan tersebut..hehe

Oklah itu je nak cerita..
Till the..c yaa..!!

Assalamualaikum.!!

Ahad, Januari 12, 2014

Maybank dinner

Assalamualikum..

Entry kali ni nak berkisar tentang majlis makan malam company aku yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC..majlis yang sepatutnya dihadiri oleh semua staff maybank lembah klang tetapi cuma hanya sebahagian darinya je yang datang..macam biasa..aku seperti tahun tahun sebelum ini datang dinner sebab nak jumpa kawan kawan..so sempatla aku kecek kecek dengan dorang..so kasi layannnn...huhu

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru dan selamat ulangtahun

Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang blogwalking blog ini..di harap apa yang dihajati pada tahun ini akan berjaya dicapai..hehe

Dan kesempatan ini juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menghantarkan ucapan ulangtahun kelahiran saya pada 7 januari aritu..ingat juga korang kat aku..ingatkan dah lupa..hehehe

Ok selamat berhujung minggu..

Till the c ya..!! 
Assalamualikum...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...