Khamis, Mac 06, 2014

Realiti kehidupan di kuala lumpur

Realiti kehidupan...30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah malan ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? 

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri...Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan  makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannya pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00

Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar..mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekkan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suruh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu pada hujung minggu  isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??"

Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu....Uaaaaa Uaaaaa..isteri ku sayang...Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri...tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab...

Bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tlg bayarkan duit baby sitter yg sepatutnya tanggungjawab suami... kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu atau dayuskah suami itu atau boroskah keluarga mereka?? Atau perlu mencari peluang utk berubah. Kesimpulannye.janakan pendapatan lain..sekurang2nya dpt menampung perbelanjaan smpai bila2...doa,usaha,iktiar dan tawakal.Insha Allah rezeki ada di mana2.

Jangan suka pandang negatif pada kawan2...Kawan2 cari duit lebih rasa sakit hati,pada hal poket sendiri kosong..tepuk dada tanya iman masing2.Nak berjaya dunia dan akhirat, buang jauh2 alasan yang negatif.moga2 kita muhasabah diri kita masing2.tq.sekadar perkongsian bersama.
(copy paste dari whatsapps)

Selasa, Januari 14, 2014

Akhirnya..



Assalamualaikum…

Ada benda nak cerita sedikit dan posting ini dah semestinya membuatkan aku lebih teruja..nak tahu kenapa? Ermmm…jom sambung baca..

Tanggal 14 Disember 2013 menjadi tarikh keramat pada aku apabila apa yang diusahakan dari mei 2009 membuahkan hasil. Ingat tak entry sebelum ini dimana aku menghadapi kesulitan masa nak binding report tuk final project aku?? Yup..aku dah selamat menjalani konvokesyen Open University Malaysia di Putra World Trade Centre atau lebih mudah PWTC. Walaupun aku tidak tergolong dalam pelajar yang lulus dengan cemerlang tetapi lulus pun sudah cukup hebat. Payah kot dah bahagikan masa dengan keje dan belajar dan kehidupan sosial lagi. Berserabut ok!! Masa tu dapatlah jumpa rakan-rakan seperjuangan yang dapat selesaikan pengajian mereka. Ada jugak jumpa kawan-kawan yang hanya jumpa pada semester pertama jer pastu hilang. Tup tup jumpa masa konvo jer. Anyway, congratulation to all of you. After all the agony we managed to do our level best. Konvokesyen tu dibahagikan kepada beberapa siding dan sidang aku adalah pada sidang yang kedua which is sabtu petang. Yang menemani aku pada hari bersejarah itu adalah my lovely mum and my sister. Kalau boleh nak je ajak semua orang datang tapi apakan daya cuma 2 orang je yang dibenarkan dibawa. Kalau bawak lebih pun kene tunggu kat luar..

Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Masa beratur sebelum masuk dewan kawan kawan dah sibuk bertanya nak sambung kat mana pasni?? I was like…mannnnn!!! Give me some rest boleh tak?? Aku dah sebu belajar selama 4 tahun. Bagilah sedikit masa untuk rehat sebelum nak buat apa-apa pasni. Kalau ikotkan hati nak jer teros sambung sebab aku masih lagi takde komitmen sekarang so banyaklah masa terluang. Tapi tulah bajet takde, tapi aku akan tetap membuat survey mencari tempat pembelajaran yang ok dan murah untuk menyambung pelajaran kelak. That the matters of time only.
Mendapat segulung ijazah ini membuatkan semangat aku kembali membara. After what happen, gulungan ini membuatkan aku sedikit tersenyum. Mencuba mencari sesuatu yang lebih baik untuk masa depan. Bukanlah aku menidakkan rezeki Allah cuma aku nak berusaha dan memperbaiki akan apa yang telah aku ada. Now I’m be a job hunter seeking a suitable job for me and meanwhile just continue whatever I’m doing now and hope I can get a promotion internally. Now forget about loyalty because loyalty not paying my bills, my petrol, toll and so on. And to be frank I’m really suffered mentally from what happen and I’m really hope that I can get out from this and forget what happen back then.  By the way, aku dah submit dah beberapa resume kat tempat-tempat lain dan hanya menunggu untuk dipanggil temuduga sahaja. Erm doakan yang terbaik yek??

So now semuanya dah selesai. Now nak reward diri sendiri selepas bersusah payah selama 4 tahun dan aku rasa aku deserve. Pada mulanya ianya berjalan agak lancar tapi ada sedikit masalah. Bila dia timbul je membuatkan aku teringat pasal kes aku. Wow banyaknya aku hilang!! Itu yang membuatkan aku lagi terasa kot atas hukuman itu. Ya Allah besarnya dugaanMu. Duduk discuss ngan orang tua aku. Dorang cakap kalau ada rezeki kita insyaAllah tak kemana. Kalau dah takde mungkin rezeki tu datang dengan cara lain. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya dan bersabar jelah. 

Selalunya bende tu aku dapat lupakan tapi kalau tetiba dia datang perghhhhh, macam-macam rasa ada. Mulalah teringat pasal macam-macam. Sampai satu tahap boleh terpikir kalaulah kita mampu memutarkan kembali masa dan memperbetulkan keadaan kan bagus. Tapi itu tak mungkin akan berlaku. Ermmmm oklah, nak nanges keluar air mata darah pun benda dah jadi. Bukan boleh rewind balik, ye tak?? So life must go on. Ari tu dah tau dah result kes aku tuh dan Alhamdulillah sebab kita kalah. Bukan aku benci dengan apa yang berlaku tetapi kalau kita menang pun apa yang kita dapat?? Adakah hukuman itu akan berkurangan?? Tidak kan?? Kami dah dijatuh hukum sebelum perbicaraan berlaku. Jadi amatlah bagus bila kalah. I want they suffered as much as I am.!! 

So now aku masih menjalani hidup seperti biasa dan mengharapkan tahun depan akan menjadi tahun yang bagus untuk aku. InsyaAllah mudah mudahan. Jadi itu jelah untuk kali ini. Nanti aku update lagi eak.??
Till then.. C yaa.!!
Assalamualaikum..!!

Mark adam - Pencuri

Tetiba layan plak lagu ni..so kita layan sama sama yek..hehe..enjoy..!!

https://www.youtube.com/watch?v=XwVd2uinLg0&feature=youtube_gdata_player

Salam maulidur rasul

Salam maulidur rasul..kawan kawan

Isnin, Januari 13, 2014

Nak renew passport..!!

Assalamualaikum..

2014 baru 13 hari berlalu tapi aku dah start guna cuti tahunan..sebab minggu ni ada 2 hari cuti public holiday..so aku sambar jela cuti ni so dapatla cuti deret seminggu..since hari ni dah cuti aku ambil kesempatan untuk renew passport aku sebab dah nak expired bulan 4 nanti..kalau ikotkan lama lagi tapi kalau nak keluar malaysia passport mestilah hidup sekurang kurangnya 6 bulan..dan aku pulak dah tak berapa jauh lagi nak keluar malaysia..haha

Jadi aku bergegas ke UTC Puduraya untuk renew passport aku..selalunya kita selalu merungut kalau kaunter kaunter kerajaan lambat..tapi alhamdulilah aku dapat selesaikan semuanya dalam masa 2 jam..erm tak sangka kaunter kerajaan dah secekap dan se-efisyen ini..papepun kudos to them..they really do the job in well manner..hehe

Just nak bagitau selain dari imigresen berbagai bagai lagi jabatan kerajaan ada kat situ dan mereka beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk sabtu dan ahad..so dah tak yah risau nak ambil cuti untuk selesaikan urusan tersebut..hehe

Oklah itu je nak cerita..
Till the..c yaa..!!

Assalamualaikum.!!

Ahad, Januari 12, 2014

Maybank dinner

Assalamualikum..

Entry kali ni nak berkisar tentang majlis makan malam company aku yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC..majlis yang sepatutnya dihadiri oleh semua staff maybank lembah klang tetapi cuma hanya sebahagian darinya je yang datang..macam biasa..aku seperti tahun tahun sebelum ini datang dinner sebab nak jumpa kawan kawan..so sempatla aku kecek kecek dengan dorang..so kasi layannnn...huhu

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru dan selamat ulangtahun

Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang blogwalking blog ini..di harap apa yang dihajati pada tahun ini akan berjaya dicapai..hehe

Dan kesempatan ini juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menghantarkan ucapan ulangtahun kelahiran saya pada 7 januari aritu..ingat juga korang kat aku..ingatkan dah lupa..hehehe

Ok selamat berhujung minggu..

Till the c ya..!! 
Assalamualikum...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...