Assalammualaikum.....
Tengok dari tajuk post ni je dah lain macamkan??? pada yang pernah baca post sebelum2 ini mungkin kalian akan paham apa yang saya nak ceritakan kali ini... die macam sambunganlah dari post yang dulu tu..
Pada yang tak pasti post yang mana 1...anda leh click kat sini..
Pabila dah penat tunggu bas yang di puja2 tak nampak bayang....rasanya kita perlu mengorak langkah...mencari alternatif yang ada untuk sampai ke destinasi yang kita indamkan...bukan nak terkocoh-kocoh buat keputusan tetapi hari dah semakin gelap...keadaan sekeliling dah semakin sunyi...ianya akan mengundang seribu 1 masalah...maka kita kene buat keputusan dengan cepat...takkan masih lagi nak tunggu bas idaman datang walaupun kita ada peluang lain untuk sampai ke destinasi kita...mungkin kita terlalu fokus kepada 1 pilihan sahaja walhal terdapat 1001 cara lagi untuk sampai ke destinasi kita...
Jadi kita telefon kawan kita..cakap yang kita akan lambat ke destinasi...dan meminta bantuan rakan untuk melancarkan perjalanan kita...salah satu idea yang akan dilontarkan ialah..."kau naik teksi jelah...mesti ada punya...kan teksi berlambak kat KL neh.."...masa tulah baru kita terdetik..sebenarnya masih banyak lagi pilihan yang ada untuk kita..cuma kita terlalu fokus pada 1 benda sahaja sampai mengendahkan pilihan yang lain...selepas itu barulah kita perasan rupa-rupanya memang ada beberapa teksi yang sedang menunggu penumpang...haishhh..mulalah terdetik dalam diri.."pasal aku tak perasan ada teksi kat sini eak"...ermmm..
Jadi tanpa berlengah kita akan membuat keputusan untuk mengambil teksi saja ke destinasi kita...lagi mudah dan cepat walaupun kita tahu yang kosnys agak mahal...tapi yang nyatanya kita akan sampai terus betul2 ke destinasi kita...kalau naik bas belum tentu lagi die akan berhenti di tempat yang kita ingin tuju...tapi keadaan akan jadi lebih buruk jikalau ada lebih dari 1 teksi yang sedang menunggu...dan camne kita nak pastikan yang teksi itu akan membawa kita selamat ke destinasi kita???..dan macam mana kita nak pastikan yang mereka tiada niat jahat pada kita..??? macam mana nak pastikan yang dia tahu jalan ke destinasi kita..??huhhh..makin rumit masalah ini..
Dalam diam kita mempertaruhkan nasib kita sebenarnya...macam berjudi...kalau kita menang kita untung dan kalau kita kalah kita akan hilang segala-galanya...tapi bila mengenangkan hari yang semakin gelap hendak atau tak kita masih perlu buat keputusan...maka kita akan bertanya dari 1 teksi ke satu teksi adakah mereka tahu jalan ke destinasi kita...sudikah mereka membawa kita kesana..kita akan bernasib baik jika mereka betul2 tahu cara ke destinasi kita..pabila kita dah cukup pasti tentang kebolehan mereka maka tanpa berlengah lagi naiklah teksi itu..dan berdoalah agar kita selamat sampai ke destinasi kita..maklumlah orang tua kita dah risau sangat tuh...tengok anak mereka belum sampai-sampai lagi...hehehehehe
moralnya kat sini adalah kadang-kadang kita tutup pandangan dan pemikiran kita kepada satu benda sahaja walhal terdapat banyak lagi pilihan yang ada dan kita langsung tidak sedari...jadi bukalah hati dan minda untuk melihat lebih jauh dan luas...tak rugi pun kalau bukak mata luas-luas pun...kekekekeke
p/s : kredit tuk kawan yang bagi sedikit idea tuk post ni..awak betul2 telah membuka minda saya..melihat sesuatu dengan lebih luas..hehehe...thanks bro...huhu
itulah jelah sesi mengarot untuk kali ini..hehehe
till then...
C ya..!!!
Assalammualikum...!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan