Khamis, September 27, 2012

cuti...bercuti...mencuti..percutian..

Assalamualaikum...

Syawal sudah meninggalkan kita...so dah abesla open house sana sini...asek makan makan dan makan...that's the best thing about raya...eat till you drop...hahaha...aku pun tak kurang gak...punyalah makan tak henggat masa raya aritu...badan pun dah mula rasa berat je ni..nak kene start jogging balik nehhh...kalau tak semput kott...kekekekekeke

Alhamdulillah percutian yang aku ilhamkan dan gogenize sejak dari bulan 4 aritu berjalan dengan suksesnya...walaupun terdapat pelbagai cubaan tapi kami dapat mengharungi dengan jayanya..1st time dapat outing dengan kaum yang sekepala...giler syok and happening..macam-macam perangai ada..walaupun pada mulanya aku agak tidak konfiden dengan trip kali ini..maklumlah 1st time outing dengan dorang..tapi betol-betol menduga la percutian kali ini..1st time aku rase giler stress..masalah yang paling hebat adalah pabila kami sampai disana dan kami punya booking tidak di pick up oleh sistem Agoda..haram jadah betul si Agoda ni..1st time book dah kene bad experience camni..lepas ni memang tak rekemen dan gunakan lagila booking dorang nehh..nasib baik kitorang manage to get another apartment..kalau tak mungkin kiteorang tido dalam khemah kat tepi pantai je kot..haishhhh..walau begitu percutian itu tetap terbaikk..walaupun kami di sana tak dapat banyak buat aktiviti due tu hujan dan jammed..tapi niat utama kami, iaitu spend time together, is accomplish..memang syok...

Orang selalu cakap kalau kite nak pergi sesuatu tempat tu kene tengok apa yang boleh kite buat kat sana...pada aku yang tu tak penting sangat..yang penting apakah tujuan kita pergi bercuti dan dengan siapa percutian itu berlaku...ini sebab walaupun kite pergi tempat yang begitu korok pun, contohnya macam pekan koboi pun, tapi orang yang sekeliling kita ini lah yang membuatkan percutian itu bermakna...try it..and u'll amazed..aku dah selalu gak buat bende ni..dan dah pernah rase dah resultnya..

Tapi aku dapat rasakan yang tu trip pertama dan terakhir dengan dorang..aku tak pikir yang lepas ni kami dapat buat lagi bende camtu..ermmm...tengoklah kalau ada rezki..dengan berbagai masalah yang dihadapi sekarang aku rase macam nak belah je dari situ...nak mulakan sesuatu yang baru..new and fresh...tapi nampak gayanya tahun depan la...sebab tahun depan baru nak graduate..so barulah leh market diri sendiri..sekarang ni nak pegi mana-mana pun susah..sebab takde bende dalam tangan...insyaAllah masa tu akan tiba...juz wait..hehehe

Dikesempatan ini aku nak mintak maaf kat korang pasal trip tu..banyak bende yang tidak dijangka berlaku..it's totally beyond my control..bende yang aku sendiri tak terpikir akan berlaku..tapi aku tahu korang semua enjoy walaupun adalah dengar suara-suara belakang cakap tapi aku memang tak bolah nak buat apa...so yang baik tu semua datang dari Allah dan yang buruk suma datang dari aku..insyaAllah kalau ada rezki dan panjang umur aku akan cuba gogenize 1 trip lagi tuk korang...hehehe..

itu sajalah buat mase ini..owh lupa..selamat hari malaysia kawan-kawan...malaysia dan merdeka tapi merdekakah kita??? renung-renungkan...

till then...c yaa..!!!
Assalamualaikum...

Rabu, Ogos 29, 2012

salam lebaran

Assalamualaikum...

Apa khabar...rasenya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri buat seleuruh umat islam di seluruh malaysia...kejap betul masa berlalu kan?? diam tak diam dah hampi pertengahan syawal dah...rasenya macam baru je lagi 1 syawal...erm sungguh cepat masa berlalu...so camne korang punya sambutan raya? erm aku punya biasa jer..nothing much..apa yang aku tahu hari raya adalah membeli baju melayu yang baru jer...barang lain tak pikir sangat..sebab setiap bulan shopping kot..tak pernah lah dibuat orang beli baju melayu setiap bulan...tol tak???hahahah...so tahun ni beraya sedang-sedang jer..cuti raya pun sebelum...so masa cuti tu banyak dihabiskan dengan membantu orang tua ku menyiapkan hidangan dan persiapan yang lain...so memang giler penat lah sebelum raya tu..

alhamdulillah tahun ni dapat gak akau sembahyang raya dan dengar khutbah raya..sebab tahun-tahun sebelum ni ada gak terbabas..tapi yang best leaps sembahynag raya aku boleh bantai tido...cantekk tak??? hahaha...tu semua bala penat sebelum raya...tahun ni raya banyak di habiskan di kuala lumpur...balik melaka pun balik hari jer..tu pun masa hari raya kedua...tapi yang tak leh tahan giler bapak jammed..!! baik pergi maupun balik...bayangkan selalunya balik melaka salam sejam sengah leh sampai ni dekat nak 4 jam baru sampai...mau tak lenguh kaki...erm barulah tahu yang majoriti orang yang duduk kat KL ni adalah orang luar bukan anak negeri...ermmm..

papepun raya tahun ni agak kureng dari tahun-tahun sebelumnya...mungkin faktor usia kot..kalau dulu-dulu tiap kali raya memang sakan la..halamakkkk rase macam dah kertu la plak...kekekeketakpe yang penting jiwa muda dan maintain...hahahahah

so lepas raya ni akan ada trip ngan hartamas...so far semuanya berjalan dengan lancar...ada 2 3 bende lagi nak kene finalised...so doa jelah eak...

erm..itulah jelah nak update..sekali lagi nak ucap selamat hari raya aidil fitri...maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini..semoga bergembira dengan insan tersayang...hati-hati di jalan raya..

till then...c ya..!!
Assalamualaikum...

Ahad, Ogos 05, 2012

mood raya dan malam 1000 bulan..



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...dah selesai puasa 16 hari...dalam masa 2 minggu lagi kita akan menyambut hari raya aidil fitri...ermm sekejapnye masa berlalu...tak terasa pun...sedar-sedar dah nak raya jer..so aku punya persiapan raya takde...mungkin mood nak raya tu tak sampai lagi kot...dan mungkin juga sebab aku tengah exam... so lebih menumpukan diri ini kepada study lebih dari raya...hehehe..dulu masa kecik-kecik nak baju baru la, seluar baru la, kasut baru la dan macam-macam lagi yang baru la...sekarang bila dah pegang duit sendiri dah tak pikir sangat bende-bende camtu...mungkin sebab boleh beli bende baru anytime kot...tak perlu tunggu raya...hahahah...asal ada sale je shopping..sampai dah tak muat lah almari...asek membeli jer..hehehe...

Orang gomen syokla tahun ni dapat duit raya...so raya sakan la korang eak...tapi kami ni...ermmm...tapi adalah terdengar khabar-khabar angin yang Dato' Seri ada gak sediakan bonus tuk kitorang...haha...dengarnya agak besar gak jumlahnya...tapi tulah berita die tak official lagi...tapi dengar dah approve...so tunggu jelah lagi 2 3 hari lagi..harap dapatlah durian runtuh tuh...baru raya namanya...hahahaha...

niway, terawih dah hampir menuju ke 10 malam yang terakhir....malam lailatul qadar...malam seribu bulan..malam ni terawih pun dah tak berapa ramai orang...mungkin sibuk wat persiapan raya kot..tu yang miss terawih tuh...mungkin..

kat sini just nak share amalan 10 malam terakhir ramadhan..

Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:
1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.
Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)

Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: “Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”

Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.

Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.

Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.

Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.

Ulama Islam berbeza pandangan mengenai pelaksanaan qiamullail antara menghidupkan keseluruhan malam ataupun sebahagiannya saja. Abu Jakfar Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan sebahagian daripada malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam al-Syafi’iy dan amal ahli Madinah menyokong pendapat itu.

Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi tidak pernah solat malam hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama meringankan persoalan qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan qiamullail disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang berkata, maksudnya: “Sesiapa yang menghadiri solat Isyak dengan berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam itu.”

Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy menyatakan: “Sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu.” Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”

Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.

Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”

Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.

Dalam zikir, kita mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”

Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”

dipetik dari  http://albakriah.wordpress.com/2011/08/18/amalan-10-malam-terakhir-ramadhan/

Marilah kita bersama-sama beramal dan menghidupkan malam lailatul qadar dengan memperbanyakkan amal ibadat...mudah mudahan kita mendapat hikmah dan ganjaran daripadaNya..insayAllah...aminn

ok lah...tu je nak share..
till then..
C ya..!!!
Assalamualaikum..


Khamis, Julai 26, 2012

Ungu Feat. Andien - Saat Bahagia

tetiba aku layan plak lagu genre yang cenggini...ermmm
papepun layanh jelah...hehehe

Ungu Ft Andien - Saat Bahagia 

Saat bahagiaku duduk berdua denganmu
Hanyalah bersamamu hmmm
Mungkin aku terlanjur
Tak sanggup jauh dari dirimu
Ku ingin engkau selalu
Tuk jadi milikku
Ku ingin engkau mampu
Ku ingin engkau selalu bisa
Temani diriku sampai akhir hayatmu
Meskipun itu hanya terucap
Dari mulutmu oooh dari dirimu
Yang terlanjur mampu bahagiakan aku
Hingga ujung waktu ku selalu


Seribu jalan pun ku nanti
Bila berdua dengan dirimu melangkah bersamamu
Ku yakin tak ada satu pun
Yang mampu merubah rasaku untukmu
Ku ingin engkau selalu


Tuk jadi milikku
Ku ingin engkau mampu
Ku ingin engkau selalu bisa
Temani diriku sampai akhir hayatmu
Meskipun itu hanya terucap
Dari mulutmu oooh dari dirimu
Yang terlanjur mampu bahagiakan aku
Hingga ujung waktu ku selalu

Mungkin aku terlanjur
Tak sanggup jauh dari dirimu
Ku ingin engkau selalu

Tuk jadi milikku
Ku ingin engkau mampu
Ku ingin engkau selalu bisa
Temani diriku sampai akhir hayatmu
Meskipun itu hanya terucap
Dari mulutmu oooh dari dirimu
Yang terlanjur mampu bahagiakan aku
Hingga ujung waktu ku selalu




Rabu, Julai 25, 2012

salam ramadhan dan selamat berpuasa!!

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua... apa khabar??

Alhamdulillah dah selamat berpuasa selama 5 hari...kejap je masa berlalu...lepas puasa then raya...pastu krismas dan tahun baru 2013...masyaAllah kejapnya masa berlalu...banyak lagi ni program yang pending...
takpe kita pelan2 kayuh...insyaAllah apa yang telah dirancang akan berlaku dengan jayanya...insyaAllah...

So biasalah bila time2 puasa ni mesti akan ada majlis2 berbuka bersama kawan2 tak kiralah kawan opis ker...kawan baik ker...kawan kampung ker...kawan lama ker...mesti ada punya...so far aku masih lagi merancang beberapa program berbuka ngan kawan2 aku...tapi tulah macam bertindih la plak..kena bajet cecantik sebelum aktiviti itu dapat dilangsungkan...maklumla ianya melibatkan ramai orang...so far ngan budak opis segalanya berjalan dengan lancar...tinggal beberapa bende je lagi nak kene finalized..

Tapi yang menjadi masalah besar sekarang ialah program bersama bestie...haishhh susah giler nak carik venue..date dah ade...tinggal nak carik tempat je kot...dahla masing2 selera tajam...nafsu biawak...makan giler bapak demand..takpe2 sebab korang suma kaya-kaya...tu yang nafsu tak hengat tuh..heheheh...hope by this week dapatlah finalized semuanya...kalau ikotkan kelakar gak...bukan aper pun..nak carik venue je kot....tu pun dah berperang mulot...ermmmm...kenapa masa dulu-dulu korang tak banyak songeh eak?? mana aku petik on jer...tiada bantahan...sekarang cam haram jadah...kekekekek..

Puasa baru beberapa hari branch aku dah mula start tukar new note raya...duit baru dengan design baru...cuma yang RM50 je design lama tapi still duit baru...so memang lakulah...yang tak sambut raya pun hari2 datang tukar...dan macam tahun sebelum-sebelum ni akulah orang yang paling setia menolong kengkawan untuk tukarkan duit tuk dorang...tapi aku takde hal pun...sebab keje aku pun berkisar dengan duit...apelah sangatttttt...hehehehe...

Sebelum penutup...rasenya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua kawan-kawan yang kenal dengan aku dan seluruh umat islam seantero dunia...semoga kita dapat menggunakan peluang yang sekali lagi diberikan oleh-Nya dengan melakukan amal dan ibadah dengan sebaik dan sebanyak mungkin...selamat menunaikan solat tarawih..kumpul sebanyak mungkin amal dan ibadah pada bulan ini kerana ada sesetengah amal ganjarannya umpama beramal selama 1000 bulan..so marilah kita berpusu-pusu merebut peluang ini..manalah tau ramadhan ini adalah ramadhan yang terakhir..mudah-mudahan kita mendapat kebaikan dan keberkatan darinya...insyaAllah...jika ada silap dan salah harap dimaafkan kerana aku ini cuma insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan...

so itu jela nak update buat masa ini...

till then...
C yaa..!!
Assalammualaikum...

Ahad, Julai 15, 2012

Galaxy Tab 2 (10.1") - OVERVIEW | SAMSUNG

 new samsung tab 10.1...just click the link to overview...heheheh


Galaxy Tab 2 (10.1") - OVERVIEW | SAMSUNG

sambungan dari "cinta ibarat menunggu sebuah bas"

Assalammualaikum.....

Tengok dari tajuk post ni je dah lain macamkan??? pada yang pernah baca post sebelum2 ini mungkin kalian akan paham apa yang saya nak ceritakan kali ini... die macam sambunganlah dari post yang dulu tu..
Pada yang tak pasti post yang mana 1...anda leh click kat sini..

http://pedihmata.blogspot.com/2012/03/cinta-ibarat-menunggu-sebuah-bas.html

Pabila dah penat tunggu bas yang di puja2 tak nampak bayang....rasanya kita perlu mengorak langkah...mencari alternatif yang ada untuk sampai ke destinasi yang kita indamkan...bukan nak terkocoh-kocoh buat keputusan tetapi hari dah semakin gelap...keadaan sekeliling dah semakin sunyi...ianya akan mengundang seribu 1 masalah...maka kita kene buat keputusan dengan cepat...takkan masih lagi nak tunggu bas idaman datang walaupun kita ada peluang lain untuk sampai ke destinasi kita...mungkin kita terlalu fokus kepada 1 pilihan sahaja walhal terdapat 1001 cara lagi untuk sampai ke destinasi kita...

Jadi kita telefon kawan kita..cakap yang kita akan lambat ke destinasi...dan meminta bantuan rakan untuk melancarkan perjalanan kita...salah satu idea yang akan dilontarkan ialah..."kau naik teksi jelah...mesti ada punya...kan teksi berlambak kat KL neh.."...masa tulah baru kita terdetik..sebenarnya masih banyak lagi pilihan yang ada untuk kita..cuma kita terlalu fokus pada 1 benda sahaja sampai mengendahkan pilihan yang lain...selepas itu barulah kita perasan rupa-rupanya memang ada beberapa teksi yang sedang menunggu penumpang...haishhh..mulalah terdetik dalam diri.."pasal aku tak perasan ada teksi kat sini eak"...ermmm..

Jadi tanpa berlengah kita akan membuat keputusan untuk mengambil teksi saja ke destinasi kita...lagi mudah dan cepat walaupun kita tahu yang kosnys agak mahal...tapi yang nyatanya kita akan sampai terus betul2 ke destinasi kita...kalau naik bas belum tentu lagi die akan berhenti di tempat yang kita ingin tuju...tapi keadaan akan jadi lebih buruk jikalau ada lebih dari 1 teksi yang sedang menunggu...dan camne kita nak pastikan yang teksi itu akan membawa kita selamat ke destinasi kita???..dan macam mana kita nak pastikan yang mereka tiada niat jahat pada kita..??? macam mana nak pastikan yang dia tahu jalan ke destinasi kita..??huhhh..makin rumit masalah ini..

Dalam diam kita mempertaruhkan nasib kita sebenarnya...macam berjudi...kalau kita menang kita untung dan kalau kita kalah kita akan hilang segala-galanya...tapi bila mengenangkan hari yang semakin gelap hendak atau tak kita masih perlu buat keputusan...maka kita akan bertanya dari 1 teksi ke satu teksi adakah mereka tahu jalan ke destinasi kita...sudikah mereka  membawa kita kesana..kita akan bernasib baik jika mereka betul2 tahu cara ke destinasi kita..pabila kita dah cukup pasti tentang kebolehan mereka maka tanpa berlengah lagi naiklah teksi itu..dan berdoalah agar kita selamat sampai ke destinasi kita..maklumlah orang tua kita dah risau sangat tuh...tengok anak mereka belum sampai-sampai lagi...hehehehehe

moralnya kat sini adalah kadang-kadang kita tutup pandangan dan pemikiran kita kepada satu benda sahaja walhal terdapat banyak lagi pilihan yang ada dan kita langsung tidak sedari...jadi bukalah hati dan minda untuk melihat lebih jauh dan luas...tak rugi pun kalau bukak mata luas-luas pun...kekekekeke

p/s : kredit tuk kawan yang bagi sedikit idea tuk post ni..awak betul2 telah membuka minda saya..melihat sesuatu dengan lebih luas..hehehe...thanks bro...huhu

itulah jelah sesi mengarot untuk kali ini..hehehe

till then...
C ya..!!!
Assalammualikum...!!!!

Selasa, Mei 29, 2012

mari baca

Assalamualaikum..!!!

pekaba?? dah lama rasenya tak update blog neh...dan seperti biasa la alasan...sibuk...kekekekeke...memang sibuk pun...nampak macam bohong tapi betol...hehehehe

Alhamdulilah...dah setahun bergelar ofiser...dan dah setahun jugak aku berada di hartamas branch...one word to describe hartamas...AWESOME...!!!..hahahaha...kat sini memang terbaik...staff semuanya giler2...macam-macam perangai ada...baik oposer baik clerk...sume samo jer...huhuhu...tapi yang paling best sume bersatu hati...tak tahulah nak describe macam mana...pernahla aku hadapi masalah aritu..kalau ikotkan masalah tu takde lah besar sangat...tapi biler naik panasla gak telinga aku...masa kes tu bocor sume orang mengupdate aku...memberi idea-idea alasan untuk counter back...mase tu BBM, Whatsapps, interkom...macam2 lagilah...mase tu baru aku tahu yang aku mempunyai sekutu aku sendiri...so guys uollss rawk..!!!!hahahaha

Bulan ni gak lepasla 1 percutian tuk aku...kawan2 sibuk ajak g Universal Studio Singapore...katenya ade theme park baru bukak...Transformer...so kami pown merancang percutian kami sebaiknya...kami stay kat Johor dan dan tak bermalam di Singapore pown...balik hari jer...cam biasa bile sampai sana bukan nak main sangat pown...nak shopping je lebey...so dapatla beli beberapa barang kat USS tuh...pastu sambung plak shopping kat Hard Rock Cafe Sentosa plak...beli lagi...huhhh...kopak2...kekeke..masuk balik Johor dah hampir midnite...sangat penat tapi terbaikkkk...so balik dari johor kami singgah 1 malam kat melaka...akhirnya tertunai gak hajat aku nak naik River Cruise waktu malam...dan macam biase kalau turun melaka misti pekena ikan bakar..mana lagi..Alai la...terbaik sangatttttt...hahahahaha...dan masih shopping lagi...kali ni kat Hard Rock Melaka plak...beli lagi...kekekeke

So bulan depan memang takde cuti sebab dah fully booked...so aku kene jadi buruh kasar lorrr...keje keje keje...hohhh...tapi takpe sebab bulan July aku block leave..huhh tak sabar plak rasenya...tengah dok discuss ngan kaum nak pegi mana...samada local or oversea...so wish me luck k??? hehehe

itulah jelah wat mase ni.. i'll update lagi nanti..
till then...
C ya..!!!

Rabu, Mac 07, 2012

cinta ibarat menunggu sebuah bas..

Cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas...nampak macam tak berapa logik..itu hanyalah kiasan...kan orang melayu ni kaya dengan berkias...macam aku jugak..hehehehe..cuba bayangkan ini..bila bas itu datang, kite tengok bas itu dan kite kata pada diri kite,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yang lain." Awak pun biarkan bas itu berlalu dan awak tunggu pulak bas yang lain.

Kemudian, datang pula bas yang kedua..kite tengok bas itu dan kite akan cakap, "Eee... bas ini buruk sangat... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ini akan rosak kat tengah jalan." Jadi, kite pun biarkan bas buruk itu berlalu dan bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang kedua tadi tapi kali ini kite kata, "Emmm... . tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik kite tunggu bas yang lain." Dan sekali lagi kite biarkan bas itu berlalu dan bercadang untuk menanti bas yang seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap..cuaca semakin mendung dan baru kite perasan yang kite pula dah terlambat rupanya...kite mulalah panik dan terus naik bas yang datang ketika itu..walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah kite sedar bahawa kite sudah naik bas yang salah...

Jadi, selama ini kite dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang kite mahu...Walaupun yang datang itu adalah bas yang ber aircond tapi adakah kite dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk kite?

moral of the story kat sini adalah tak kiralah lelaki atau perempuan..mengingini apa yang kite idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya kite dapati "bas" itu tak sesuai dengan kite..apa yg perlu kite lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu...pastinya kite semua tentu ada pengalaman yang macam ini kan???.... kite nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nanti kan), kite tahan bas itu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak kite dan terus berlalu tinggalkan kite walaupun kite memang dah excited giler tengok bas tu...hehehehe... . Bila ada bas yang lalu melintas macam tu...tangan yang mulenya memberi isyarat untuk berhenti bertukar menjadi signal "jalan dar"...hahahaha..macam bohong tapi realiti kan???..tak pown kalau dah bengang sangat tahan je pakai kaki...confirm-confirm tak benti punye...hahahahah...

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali..kite akan terjatuh dan menyakiti diri sendiri...Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu sebuah bas, sama ada kite nak naik dan beri peluang pada bas tu...atau membiarkan bas itu berlalu pergi tanpa sebarang signal...semuanya terpulang pada diri sendiri...Dan bila kite berjalan..kite sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!...PING!!!!!!..hahahaha

renung-renungkan dan selamat beramal..

Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta...walaupun ada EVO sebijik...kekekekeke...

itu je buat mase ini...
till then...
C YA..!!!

Ahad, Februari 12, 2012

layan jer...

Assalamualaikum....

Ape khabar?? sihatlah hendaknye...

Pejam celik pejam celik kejap je habis bulan january...sekarang kita berada hampir di pertengahan febuari... bulan febuari ni giler banyak cuti...mule-mule skali cuti hari wilayah pada 1hb haritu...pastu cuti maulidur rasul dan cuti thaipusam...so giler banyaklah cuti hari kelepasan am...dahla bulan ni cume ada 28 haribulan jer...memang rase pendek giler...ermmmm hadap jela..heheh

so bulan ni aku dah lepas 2 trip...alhamdulillah...ape yang telah dirancangkan semuanya berjalan dengan lancarnye...since cuti Maulidur Rasul jatuh pada hari ahad maka cuti tersebut di bawa ke ari isnin dan cuti Thaipusam jatuh hari selasa...so dengan tidak semena-mena kami ni dapatlah cuti selama empat hari bermula pada hari sabtu...so my first trip is to pulau pangkor...pada 4 hingga 6 haribulan febuari...perghhh...memang best giler pergi sini...pergi ngan sape?? bialah rahsia...xperlu tahula dengan sape eak....hehehehehe...

sepanjang hidup memang x penah pergi tempat ni...memang agak payah mase nak buat tempahan bilik sebab tak tau which place yang ok...alhamdulillah dapat bilik yang betol-betol mengadap laut kat area Teluk Nipah...tempat tu agak ok...agak happening...cume sampai midnite je..pastu sunyi sepi...memang xde ape-ape...kalu nak ada nite life after midnite kene pergi kat area Pasir Bogak or area jetty pangkor..kat sana menginap cume dua malam...kami sewa kereta which is volvo ok...tuk kami berjalan melawat kawasan...kalau ikotkan overall memang takde bende pown tempat tuh...tapi kalau nak rilek-rilek or honeymoon tempat tu memang terbaik...dalam erti kata lain x perlu kua bilik arrr...wakakakakakaka...

so mase balik dari sana kitorang singgah jap kat Pasir Salak...tempat bersejarah tuh...banyaklah ilmu-ilmu sejarah dapat masuk dalam pale otak...cume kadang-kadang terpikir betul ke sejarah tuh...papepown layankan jer...since dah turon ke Pasir Salak dan dah dekat ke Telok Intan ikot jalan lama...kami pown menggunakan jalan lama untuk balik ke Kuala Lumpur...alhamdulillah...selamat semuanya...maka dengan itu selesailah trip yang pertama...huhu

Sampai kl ari isnin...ari selasa rehat jap kat rumah...mase tu aku dah dapat tanda-tanda awal flu...perghhhhh...berat giler rase kepala...ditambah plak ngan flu yang kat dalam idung...nice combo...bapak down giler rase...tapi kene kuatkan semangat sebab keesokannya aku nak grak g langkawi plak...jeng jeng jeng.....hahahaha

Next morning grak g langkawi ngan bestie...5 org dewasa bersama seorang kanak-kanak...kul 8 pagi dah terpacak kat LCCT...sebab g sana naik flight...maleh nak drive...at list x buang mase perjalanan...trip kami bermula pada 8hb febuari sampai 10hb febuari...3 hari 2 malam which is pada kami dah cukup kowt...watpe nak lepak sana lama-lama...bukan g honeymoon pown....tapi to be frank memang kat sana pada waktu kitorang pg tuh memang giler ramai couple yang baru kawen dan tgh berhoneymoon...camne kami tahu??? kat tangan inai giler merah lagi kowt....xkan itu pown x leh bajet mehhhh???..huhuh

trip ni memang terbaik...mengambil mase 3 minggu tuk discuss dan rancang semuanya...itinerary sume dilakukan bile dah check in kat hotel...di sana kami sewa kereta nissan serena...RM150 sehari...kalu ikot market rege dier dalam RM200 kalu x salah...mujurlah my bestie kenal org kat sana...so akulah orang yang melenjan kereta tersebut...terbaikkkkkkk dowh....tapi minyak giler kuat...x macam pangkor kat sini banyak sangat bende yg bole dilakukan...kami ke Underwater World, Beras Terbakar, Gunung Macincang dan shopping kat pekan Kuah tuk hari pertama....hari kedua Island Hopping(boat charted ok)..termasuklah pergi ke pulau dan tasik Dayang Bunting, Beras Basah dan bagi helang makan...tengah hari ke Makam Mahsuri dan Bird Park dan malam dinner seafood kat Pantai Cenang...giler best masak dan sangat murah....memang terbaikkkkkkk....last day just bermalas-malasan...dan breakfast kat dalam bilik beramai-ramai...moment yg kitorang cube repeat mase pergi Penang a few years back...memang best...

so far aku memulakan tahun ni dengan agak hebat...so pasni back to business....assignment x buat lagi wehhhh...dateline dah nak dekat dahhh...perghhhh...dah seronok jalan-jalan kan...so hadapkan la bende ni...huhuh

bulan ni pown jadual agak pack...weekend la...minggu depan bestie kawen...pastu ada outing ATV ngan bestie...dan kalu jadi awal bulan depan ada teambuilding...pastu bestie ajak g saigon hujung bulan 3 dan kakak-kakak ku kat hangsam plak ajak gi Universal Studio Singapore bulan 4...perghhhhh...giler banyak aktiviti tahun ni...bile nak kawen neh kalu asek g berjimba joli je kejenye...kekekekeke...

erm itu jela wat mase ni nak update...nanti ada bende best gua update eak...
till then...
C yaaa..!!!

Khamis, Januari 19, 2012

alamakkk...pendek la pulokk...!!!

assalamualaikum...

kalu ikotkan memang tak terpikir dan terlintas langsung nak update blog ni sekarang..mentally tired.. memikirkan masalah yang baru je hadapi...tapi macam best je posting kat sini..at least orang-orang yang singgah kat sini  membacanya...takdelah sampai nak post kat Facebook wall...nanti sume orang tahu...tak best..lagi pun orang yang membaca blog ni pown mostly orang yang dekat-dekat ngan aku..so ok sket sebab ia tak jadi too general...misti nak tau kan ape yang berlaku...??..gua kene cash shortages wehhhh...!!!jeng jeng jengggggg...

kejadian ini berlaku semalam...end of day balacing aku menunjukkan aku short dengan amount yang agak besau...carik punya carik tak jumpe gak...dah la tu petang tu agak plak opiser meeting...adehhhh..giler kelam kabut tuh...aku pown maleh nk pikir banyak...just report kat HQ jer...which is aku tau yang terlalu banyak consequences nye nanti...tapi sebab dah tak leh pikir secara waras dan kene kejar meeting lagi aku pejam mata jela...wat bodo..mase meeting tu aku doq pikir tang mana yang silapnye dan langsung tak dengar sangat apa yang dorang dok bincang...maklumla banyak giler transaction yang kene buat...bulk deposit aku buat...bulk payment pown aku buat...teller anta duit dan confirm2 aku buat...tukar duit raya pown aku buat gak...perghhhh...so semalam memang stress giler...bukan nak berkira pasal keje cuma nak meluahkan perasaan jer..huhhh...

lepas meeting tu plak aku ngan bos aku tengok CCTV...manala tau kau dapat cam ke any transaction yang aku salah buat...sampai kul 12 malam tuhhh...giler penattt...kene plak bos aku cakap yang aku punye shortage is the highest one in malaysia..!!!  wat the hackkk..!!!..perghhhh...aku buat bodo jela...tak leh nak pikir sangat apabila rase penat,letih,debar2 dan macam-macam rase lagi di adun sebati dalam pale hotak...huhhh..

papepown bende dah hampir settle...dengan cara sendiri...pasni just nak jawap explanation letter pada HQ..which is confirm-confirm akan masuk personal file aku...habesla tak berapa cantik dah..sepanjang aku jadi teller selama ni tak pernah aku short sebanyak ini..paling banyak pown 400RM..tu pown mase mule-mule jadi teller...pastu langsung takde dah..ape bole buat..dah nasib badan...just think positive...mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku...mungkin ada ke part rezeki aku yang bukan milik aku...dan aku pulak mungkin dah "terguna" dahulu rezeki itu...so is about time to pay back...according to kengkawan opis pown cakap muke aku giler stress arini...aku pown tak tau la....mungkin betol kot...memikirkan apa yang akan berlaku pasni..or just nak buat muke poyo sebab ada masalah...nak raih simpati kot...wakakaka...takdela...juz kidding...

and to be frank...jauh disudut ati aku kesian tengok manager aku...baru sebulan lebey masuk branch dah kene kes2 cenggini...ape bole buat...mintak maafla puan banyak2...bukan niat nak buat macam tuh...mungkin puan berada di tempat dan waktu yang salah...huuuuuuu..

papepown life must go on...ini mungkin dugaan yang membuatkan semakin menginsafi diri dan menambahkan ingatan aku kepadaNya...memohon pertolongan dariNya dan bersyukur atas limpah dan kurniaNya...insyaAllah...mudah-mudahan...

so itu jelah wat mase ni nak update...
till then..
c ya...!!!...

Rabu, Januari 04, 2012

SeLAmaT taHuN BaRU..!!! Bye2 taHUn 2011 Yg HebAT...

Assalamualaikum...ape khabar...?? huh dah lama giler tak update blog ni...erm biasela...takde mase...alasan yang sering digunakan..tapi memang betul pown...mana ada masa sangat...bile ada masa duduk depan lappy pown kalau takde idea nak nulis pown tak bole gak...hehe..

Sebelum aku mengarut lebey panjang lagi rasenya belom lagi terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada kengkawan yang mengenali diri ini..semoga kalian semua berbahagia hendaknya...so azam tahun lepas amacam??? dah dapat tunaikan semuanya ker?? kalau dapat tu alhamdullilah...hebatla korang...aku cume dapat tunaikan beberape je...ape-ape pown syukur alhamdullilah...lagi pown azam tu tak berapa penting..kalau nak buat tu proceed je..takyah nak tunggu azam..heheh..

Berlabuhnya tahun 2011 membawa seribu satu kegembiraan kepada aku...bermacam-macam perkara yang berlaku...upside down...tapi terbaikkkkkkkkk..wahahahaha...bermula dari aku promote dan transfer ke Hartamas sampailah ke cuti tahun baru di JPO (Johor Premium Outlet) aritu semuanya hebat belaka....so kat sini aku kronologikan apa yang berlaku kepada aku sepanjang tahun 2011

Januari - Selamat tahun baru dan selamat hari jadi pada aku...hehehe... tengah bulan dapat surat yang aku dapat promotion then transfer ke hartaman SSC...

February - melaporkan diri di branch baru...perghhhh...Tuhan sajela yang tahu camne gilernya hari tuh...aniway im manage to overcome it...huhu

March - ke Universal Studio Singapore bersama bestie...terbaik dowh...lagi pown amek cuti nak pergi sana sebab nak settlekan carry forward tahun sebelumnya...

April - April fool..!!!.hahaha..aku pown x brape ingat sangat adake yang berlaku sesuatu pada waktu itu...tapi yang paling nyata genaplah aku bersama rimau 10 tahun...terkejot seyhhhh...

May - outing ngan budak-budak Hangsam untuk kesekian kalinya...last family day kat Cherating...pasni kalu dorang buat dah konfem2 aku tak pergi lagi...sobsobsob...

Jun dan July - sepi..dah tak ingat ah aper yang berlaku..kekekeke

Ogos - berpuasa dan menyambut aidil fitri...first time kat hartamas...dan dapat cuti raya wehhhh...terbaik tuhhh...heheheh

September - first time menikmati bonus sebagai opiser...walaupun x banyak tapi bole larrr...daripada badak baik kude...huhuhu..

Oktober - happy depavali la macha...ape pown xde..vanakkam jela...heheh

November - hari raya korban...alhamdulllilah...selesai jugak hajat nak bersedekah...mudah-mudahan dapat buatla lagi tuk tahun ni...tak lupe dinner and long service award maybank kat PICC...terbaik wehhhh...dapatla salam dato wahid mase amek sijil long service award...

Disember - cuti-cuti Malaysia...mula2 gi Hong Kong a.k.a Disneyland and Shenzhen...pastu gi Penang..dan last sekali sambut tahun baru di Johor dan Melaka...hahahah...terbaikkk...

So secara keseluruhannya aku menjalani setahun yang hebat...sungguh manis...tapi dalam mimpi manis misti ada yang ngeri kan...?? so aku biarkan kat tepi jer...jangan amek pusing sangat...so sekarang sudah berada di tahun 2012...azam tahun lepas banyak yang tak tertunai...so bawak ke tahun ni..dengan harapan dapatlah merealisasikannya pada tahun ini...mudah-mudahan...

So aku sudah bersedia sepenuhnya untuk mengharungi dan meredah tahun 2012 ini...so buckle up and goo..vrooommmmmmmmmmmmm!!!!!..huhu
dats all for now...
till then...c yaa..!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...