Alhamdulillah...dah selesai puasa 16 hari...dalam masa 2 minggu lagi kita akan menyambut hari raya aidil fitri...ermm sekejapnye masa berlalu...tak terasa pun...sedar-sedar dah nak raya jer..so aku punya persiapan raya takde...mungkin mood nak raya tu tak sampai lagi kot...dan mungkin juga sebab aku tengah exam... so lebih menumpukan diri ini kepada study lebih dari raya...hehehe..dulu masa kecik-kecik nak baju baru la, seluar baru la, kasut baru la dan macam-macam lagi yang baru la...sekarang bila dah pegang duit sendiri dah tak pikir sangat bende-bende camtu...mungkin sebab boleh beli bende baru anytime kot...tak perlu tunggu raya...hahahah...asal ada sale je shopping..sampai dah tak muat lah almari...asek membeli jer..hehehe...
Orang gomen syokla tahun ni dapat duit raya...so raya sakan la korang eak...tapi kami ni...ermmm...tapi adalah terdengar khabar-khabar angin yang Dato' Seri ada gak sediakan bonus tuk kitorang...haha...dengarnya agak besar gak jumlahnya...tapi tulah berita die tak official lagi...tapi dengar dah approve...so tunggu jelah lagi 2 3 hari lagi..harap dapatlah durian runtuh tuh...baru raya namanya...hahahaha...
niway, terawih dah hampir menuju ke 10 malam yang terakhir....malam lailatul qadar...malam seribu bulan..malam ni terawih pun dah tak berapa ramai orang...mungkin sibuk wat persiapan raya kot..tu yang miss terawih tuh...mungkin..
kat sini just nak share amalan 10 malam terakhir ramadhan..
Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:
1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.
Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat
pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan
pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)
Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam
terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang
disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: “Lailatulqadar
lebih baik daripada 1,000 bulan.”
Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim,
maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya
kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang
lalu”.
Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan
keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan
yang dewasa yang mampu melakukan solat.
Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim
ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan
29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini,
Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri
untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan
solat sunat, beristighfar dan sebagainya.
Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi.
Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi
sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah
mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar
mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk
iktikaf.
Ulama Islam berbeza pandangan mengenai pelaksanaan qiamullail antara
menghidupkan keseluruhan malam ataupun sebahagiannya saja. Abu Jakfar
Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan sebahagian daripada
malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam al-Syafi’iy dan amal
ahli Madinah menyokong pendapat itu.
Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi tidak pernah solat malam
hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama meringankan persoalan
qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan qiamullail
disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini
berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang
berkata, maksudnya: “Sesiapa yang menghadiri solat Isyak dengan
berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam itu.”
Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy menyatakan: “Sesiapa yang
solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada
bulan itu.” Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia
berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada
melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan
sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah
memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai
harganya.”
Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun
qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat
Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.
Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu
memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar,
berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang
dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau
adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan,
maka ampunkan aku.”
Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa
paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon
keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.
Dalam zikir, kita mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang
sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT,
yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang
maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul
qadar.”
Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan
lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat
Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman
daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan
dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu
bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”
dipetik dari http://albakriah.wordpress.com/2011/08/18/amalan-10-malam-terakhir-ramadhan/
Marilah kita bersama-sama beramal dan menghidupkan malam lailatul qadar dengan memperbanyakkan amal ibadat...mudah mudahan kita mendapat hikmah dan ganjaran daripadaNya..insayAllah...aminn
ok lah...tu je nak share..
till then..
C ya..!!!
Assalamualaikum..